Wednesday 14 September 2011

CINTA KERANA ALLAH SWT..

      Assalammualaikum w.b.t...
alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang untuk diri kita, supaya selalu mengingatinya dan kembali ke jalannya....
    Bercinta kerana Allah adalah cinta yang paling bermakna.... kita selalu dengar orang berkata...

"kami kawan dengan hampa hingga akhir usia kami.."
tapi kalau cinta kerana Allah..
"kami kawan dengan hampa dunia akhirat..."

   subhanallah... mana yang lebih indah sahabat dan sahibah ku? begitu juga di alam perkahwinan... takkan kita nak mengharapkan kasih sayang hingga mati sahaja?? Kan lebih indah jikalau mengharapkan kasih sayang berkekalan di dunia dan di akhirah..? bukan sahaja mengharap... tetapi berusaha untuk bersama-sama di dunia dan di akhirat...

Allah berfirman dalam ayat-Nya..
"tiada tujuan lain Aku (Allah) menciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepada-Ku"

jadi, cubalah untuk membuat sesuatu perkara itu kerana Allah atau beribadat kepada Allah.... sukakan seseorang juga kerana Allah.... dari situ jugalah kita boleh merasai kemanisan iman...

Rasulullah pernah bersabda...
"tiga perkara, barang siapa yang di dalam dirinya terdapat tiga perkara ini, nescaya ia merasakan nikmat iman: Orang yang lebih mengutamakan mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya daripada segala sesuatu selain kedua-duanya. Orang yang mencinta seseorang semata-mata kerana Allah SWT. Orang yang lebih suka dilempar kedalam nyalaan api, daripada kembali kepada agama Yahudi dan Nasrani"

subhanallah... bagaimana kita mahu mencintai seseorang kerana Allah?

  • mencintainya kerana dia mencintai Allah...
  • mencintainya kerana akhlaknya...
  • mencintainya kerana tidak mahu dia disiksa ni hari akhirat...
  • mencintainya bukan kerana rupa dan harta...
  • mencintainya bukan kerana darjat dan pangkat...

wallahulam.... selangkah mendekati Allah...

Friday 2 September 2011

AURAT MUSLIMAH TERHAD??

    Assalammualaikum w.b.t..... fenomena zaman nie, masayarakat Islam menjadi semakin kolot... bukannya semakin maju... masyaAllah...
    Ana masih ingat kata-kata Saidina Ali yang mengatakan:
"barang siapa tidak warak, tandanya dia tiada akal"

masyAllah... begitu sekali pentingnya seseorang itu warak bila menjadi penganut agama Islam.... Tapi apa sudah jadi dengan masyarakat Islam di negara kita..... mereka menganggap warak atau tidak itu adalah hak mereka.... mereka juga mengatakan tidak ada paksaan dalam Islam.. MasyaAllah.. benar-benar kolot pemikiran mereka.. minta-minta kita dilindungi Allah dari prasangka seperti itu... Aminn..

    Kita semua perlu tahu... Definisi paksa itu hanya untuk mereka yang belum memeluk agama Islam.. kita tidak boleh paksa mereka memeluk Islam... tapi biarkan hati mereka mencintai Islam atas kerelaan hati... bukan dgn paksaan... TETAPI bukan untuk kita yang sudah memeluk agama suci Allah... kita MESTILAH MENGIKUT SEMUA PERINTAHNYA DAN MENINGGALKAN SEMUA LARANGANNYA..
Paling utama bagi muslimah yang sangat susah untuk menutup aurat... apa yang kita miliki sekarang milik Allah.... jadi jagalah dengn sebaik mungkin dan kasihilah tubuh kita....

    Muslimah tidak lagi mementingkan kewajipan menutup aurat dgn sempurna dihadapan lelaki yang bukan mahram dgn mereka...

   Rasulullah pernah bersabda: "Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam nereka. Adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutupi rambutnya dari dilihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya."
  HR bukhari muslim..

   lihatlah balasan yang Allah akan menimpakan terhadap hamba-hambaNya yang tidak menitik beratkan soal aurat....

Lelaki yang bukan mahram bg kita:
  • lelaki yang tiada hubungan keluarga dgn kita
  • sepupu lelaki kita yang sudah baligh
  • suami kepada ibu saudara kita... contoh: suami adik perempuan/kakak ayah/ibu kita
   Malah ada juga menganggap bahawa pekerja ibu bapa mereka ialah hamba dalam keluarga mereka... masyaAllah.. Amalan penghambaan ini sudah lama pupus dalam Islam... 
  
 HAMBA YANG SEBENAR-BENARNYA DALAM ISLAM:
  • dibeli oleh tuannya
  • tidak dibayar gaji
  • menurut semua perintah dari tuannya....
   Harap perkongsian ana kali ini dapat membantu...

selangkah mendekati Allah... ^_^