Sunday 28 August 2011

HIBURAN CARA ISLAM??

   Assalammualaikum wbt...
Alhamdulillah.. semakin hari, ana semakin rimas dgn cara ummat Islam berhibur..
  Dalam isu ini kebanyakan ulamak bercanggah pendapat... seperti sesetengah ulamak menyatakan tidak boleh mendengar dan bermain alatan muzik.. dan sesetengah ulamak pula mengatakan boleh.. boleh ini hanya tertumpu kepada lagu-lagu yang mendekatkan kita kepada Allah dan tidak mempunyai unsur-unsur syirik.. seperti lagu-lagu nasyid.. Tetapi semua ulamak telah mengambil kata sepakat.. bahawa hiburan cara Islam ialah HIBURAN YANG MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN TIDAK MELALAIKAN....

   Fenomena yang sedang berlaku di negara kita ialah fenomena KOREA... tak kiralah, lagu, drama, sampaikan rancangan yang hanya ditayangkan di Korea pun mereka sanggup tengok di YouTube... sanggup menghadap televisyen or computer asalkan boleh tengok artis2 kesayangan mereka menyanyi/berlakon.... masyaAllah... memang kebanyakan ummat Islam di negara kita sudah terkena demam Korea...

   ok... firstly saya nak mengkritik pasal drama, or apa yang dikeluarkan dari korea or mana2 negara sekalipun...
     1) Adakah anda yakin semua pelakon yang menjayakan cerita itu menutup aurat?? exp: pakai tudung dan menutupi dadanya, tak nampak kaki, betis, dan dll, dll,dll??
     2) Adakah anda yakin tak terjadinya maksiat yang DISENGAJAKAN oleh pelakon2 yang menjayakan cerita itu?? exp: memegang tangan, peluk, dan dll, dll, dll?? yang anda tengok tanpa rasa apa2??


   Pada pendapat anda?? bila kita tengok aurat org or maksiat yang dilakukan.. apa yang kita dapat.. pahala or dosa?? let's think?? :)

  ok... seterusnya pasal lagu2 yang sering kita dengar....
      1) Adakah penyanyi itu Islam??
      2) Adakah lagu yang kita dgr tu tak ada unsur2 syirik kepada Allah??
      3) Adakah lagu yang kita dengar 2 mendekatkan diri kita kepada Allah?
      4) Adakah lagu yang anda dengar itu tidak melalaikan??
      5) Cuba anda kira, dalam masa sehari tu, antara lagu dgn ayat al-Quran, yang mana anda dengar lagi banyak???

   Saya ulangi.. hiburan cara Islam adalah  Hiburan yang MENGIKUT SYARIAT ISLAM dan TIDAK MELALAIKAN... so.. let's think again?? :)

    Seterusnya.. saya nak ungkit sedikit tentang penyanyi perempuan... saya ada pernah terbaca hadith dari buku RISALAH FIKAH WANITA...
    "Barang siapa mendengarkan seorang biduanita (artis wanita), maka akan dituangkan ke dalam telinganya cairan timah"


   Pandangan ulamak Imam Syafi'e mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, sama ada dikhuatirkan akan menimbulkan godaan atau tidak, ianya tetap haram.... Menurut para sahabat Syafi'e, dalam keadaan bagaimanapun tetap tidak boleh, meskipun  wanita itu tertutup auratnya atau terhalang di balik tabir..

 

Sunday 14 August 2011

BERSANGKA BAIK.... :)

Assalammualaikum  wbt...
   alhamdulillah.. dah habis ujian selaras tiga.. baru la ana free sikit tuk update blog ana.. alhamdulillah... Bersempena Ramadan Al-Mubarak nie, selain menahan nafsu lapar dan dahaga, kita juga perlu berprasangka baik sesama manusia.. dgn hal ini, secara tak langsung semakin mengeratkan silaturrahim sesama manusia.. bukan sahaja sesama ummat Islam, tapi dgn yang bukan Islam juga..

     "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah pula mencari-cari kesalahan orang lain.." (al-Hujurat : 12)


    dan sangat dituntut dalam Islam.. ^_^

    Di bawah ini adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al-Jailani untuk sentiasa berprasangka baik..

    Jika kita bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik dari diri kita.. Katakanlah dalam hati kita:
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan tinggi dariku.."


    Jika kita bertemu dgn kanak-kanak,maka katakanlah dalam hati:
"Kanak-kanak ini belum berbuat maksiat kepada Allah, sedangkan diriku banyak berbuat maksiat kepadaNya. Tentu kanak-kanak ini jauh lebih baik dariku.."


   Jika bertemu orang yang lebih tua dari kita, maka bicaralah dalam hati:
"Dia telah beribadah lebih kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dari diriku.."


    Jika bertenu dengan seseorang yang lebih berilmu, maka ucapkanlah dalam hati:
"Orang ini peroleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui, dan dia mengamalkan ilmunya.. Tentu dia lebih baik dariku.."


    Jika bertemu dengan orang yang lebih jahil, maka katakanlah dalam hatimu:
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil(tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku tahu akibatnya. Dan aku tidak tahu akhir umurku dan akhir umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.."


    Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu:
"Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.. Dan mungkin boleh jadi diakhir usia, diriku kufur dan berbuat buruk.."


    Secara tak langsung, perkara di atas ini dapat muhasabah diri kita... Sesungguhnya kita berasal dari setitis mani yang hina.. jadi tak malukah jika kita asyik berbangga dgn diri sendiri? sedangkan apa yang kita miliki HANYA MILIK ALLAH S.W.T .. Bila-bila masa sahaja Allah berhak menarik balik nikmat yang Dia berikan kepada kita...




Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.... Ada sangkaan buruk
orang yang beribadah disangka riak
orang yang relax dianggap malas
orang pakai baju baru disangka menunjuk
orang pakai baju buruk dianggap zuhud(hina)
orang makan banyak disangka pelahap
orang makan sikit disangka diet
orang baik disangka jahat
orang jahat disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang bermasam muka disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang yang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka memakai susuk
orang nampak ceria disangka membela..
.............................................................................

mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah?
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah?
mana tahu yang masam itu kerana 
mengenangkan dosa?
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya?
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya?


   Jauhilah sikap  suka bersangka-sangka kerana boleh memusnahkan ukhwah yang terjalin sesama manusia.. Satu benda yang kita lihat, pelbagai kesimpulan yang boleh kita buat... kan lagi bagus kalau kita berfikir muenggunakan akal bukannya nafsu? marilah kita muhasabah diri... semoga Allah jauhi kita dari fikiran yang selalu bersangka buruk... aminn..

hamba Allah..
selangkah mendekati Allah...

Thursday 4 August 2011

SYARAT-SYARAT PAKAIAN MUSLIMAH...?

Assalammaulaikum wbt...
   alhamdulillah.. ana dah dapat 1 tajuk yang sesuai untuk jadi post terawal ana.. syarat-syarat pakaian muslimah.. baiklah.. seperti yang kita lihat fenomena yang agak lama menghantui muslimat di negara kita, ramai muslimah yang kurang menitikberatkan hal-hal menutup aurat nie.. ada muslimah yang memakai tudung.. tetapi berpakaian ketat, nipis, tudung tidak menutupi dada, baju berlengan pendek dan sebagainya.. malahan ada juga muslimah yang tidak memakai tudung, sehinggakan kadang-kadang kita sendiri tidak dapat membezakan sama ada mereka Islam atau tidak.... masyaAllah... semoga Allah membuka hati-hati mereka....
    adakah dengan pemakaian di atas sudah sempurna untuk menutup aurat kita?

   Allah S.W.T ada berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat ke 59 yang maksudnya:
    "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


    Allah S.W.T juga ada berfirman:
     "Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya."


    Allah Ta'ala juga melarang wanita berlagak dan mendedahkan kecantikan dalam firmannya surah Al-Ahzab ayat ke 33:
     "Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu."


    Pendapat para ulama yang mengertikan "berpakaian tapi telanjang": berpakaian nipis sehingga warna kulit tetap ternampak., jadi apa ertinya memakai pakaian? jadi alasan apakah yang akan anda gunakan untuk tidak menutup aurat?
    syarat-syarat pakaian muslimah ialah:

  • menutupi seluruh badan selain yang sudah dikecualikan, yakni wajah dan 2 tapak tangan.
  • tidak ketat sehingga masih menampakkan bentuk tubuh yang ditutupinya.
  • tidak nipis sehingga warna kulit masih boleh dilihat.
  • tidak menyerupai pakaian lelaki
  • tidak berwarna warni sehingga menarik perhatian orang.
  • tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  • dipakai bukan dengan maksud mempamerkannya.
    dari syarat-syarat di atas, ana amat tertarik dgn pernyataan/syarat "tidak menyerupai pakaian lelaki".. semestinya ini dilarang dalam Islam. mari kita lihat sabda Rasulullah yang bermaksud.:
     "Dan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita yang berpakaian seperti lelaki." (Ahmad Abu Daud dan Nasa'i dan tokoh-tokoh hadith sahih)

     "Dan dari Abdullah bin 'Amr bin Al-Ash, bahawa dia pernah melihat wanita menyandang busur panah sambil berjalan seperti lelaki. maka berkatalah Abdullah: "pernah aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Bukanlah dari golongan kami wanita yang menyerupai lelaki."(Ahmad)



     begitu pula yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bahwa mengenai wanita yang menyerupai lelaki. baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:
     "usir mereka dari rumahmu"(Syaukina menyebutnya dalam Nail Al-Authar)


    seperti yang kita lihat, ramai muslimah yang lebih gemar menggunakan seluar panjang yang menyerupai lelaki, tambahan pula seluar itu ketat dan tetap menggambarkan bentuk tubuh pakaiannya, bahkan merangsang kaum lelaki? ana merasakan bahawa mereka sebenarnya telah hilang keseimbangan berfikir.. apa baiknya dengan memakai seluar seperti itu? bukankah dengan itu terlepas terlepas dari tabiat kewanitaanya dan kelihatan semakin hodoh? ana juga tak nafikan bahawa bagi muslimah mereka juga berfikir dapat terpelihara dari gangguan kaum adam... tetapi kalau niatnya memang benar agar lebih menarik/cantk... maka yang tertarik adalah kaum adam yang rosak pula... yang tak tahu keutamaan, kesopanan dan perasaan yang luhur..
    mahukah kita sebagai muslimah dimiliki jejaka yang rosak?? semestinya tidak bukan? oleh itu, peliharalah aurat kita yakni menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan 2 tapak tangan.. di sini ana nak ingatkan, Islam menuntut untuk menutup aurat, bukan membalut aurat...
    semoga dengan apa yang ana kongsikan dapat membantu kaum muslimah yang semakin rosak dan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat.. sabda Rasulullah s.a.w"

     "janganlah kamu menyerupai kaum lain, nescaya kamu tergolong dalam kaum itu"


  berfikir sejenak...
selangkah mendekati Allah SWT..
insyaAllah....