Wednesday 14 September 2011

CINTA KERANA ALLAH SWT..

      Assalammualaikum w.b.t...
alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang untuk diri kita, supaya selalu mengingatinya dan kembali ke jalannya....
    Bercinta kerana Allah adalah cinta yang paling bermakna.... kita selalu dengar orang berkata...

"kami kawan dengan hampa hingga akhir usia kami.."
tapi kalau cinta kerana Allah..
"kami kawan dengan hampa dunia akhirat..."

   subhanallah... mana yang lebih indah sahabat dan sahibah ku? begitu juga di alam perkahwinan... takkan kita nak mengharapkan kasih sayang hingga mati sahaja?? Kan lebih indah jikalau mengharapkan kasih sayang berkekalan di dunia dan di akhirah..? bukan sahaja mengharap... tetapi berusaha untuk bersama-sama di dunia dan di akhirat...

Allah berfirman dalam ayat-Nya..
"tiada tujuan lain Aku (Allah) menciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepada-Ku"

jadi, cubalah untuk membuat sesuatu perkara itu kerana Allah atau beribadat kepada Allah.... sukakan seseorang juga kerana Allah.... dari situ jugalah kita boleh merasai kemanisan iman...

Rasulullah pernah bersabda...
"tiga perkara, barang siapa yang di dalam dirinya terdapat tiga perkara ini, nescaya ia merasakan nikmat iman: Orang yang lebih mengutamakan mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya daripada segala sesuatu selain kedua-duanya. Orang yang mencinta seseorang semata-mata kerana Allah SWT. Orang yang lebih suka dilempar kedalam nyalaan api, daripada kembali kepada agama Yahudi dan Nasrani"

subhanallah... bagaimana kita mahu mencintai seseorang kerana Allah?

  • mencintainya kerana dia mencintai Allah...
  • mencintainya kerana akhlaknya...
  • mencintainya kerana tidak mahu dia disiksa ni hari akhirat...
  • mencintainya bukan kerana rupa dan harta...
  • mencintainya bukan kerana darjat dan pangkat...

wallahulam.... selangkah mendekati Allah...

No comments:

Post a Comment