Sunday 14 August 2011

BERSANGKA BAIK.... :)

Assalammualaikum  wbt...
   alhamdulillah.. dah habis ujian selaras tiga.. baru la ana free sikit tuk update blog ana.. alhamdulillah... Bersempena Ramadan Al-Mubarak nie, selain menahan nafsu lapar dan dahaga, kita juga perlu berprasangka baik sesama manusia.. dgn hal ini, secara tak langsung semakin mengeratkan silaturrahim sesama manusia.. bukan sahaja sesama ummat Islam, tapi dgn yang bukan Islam juga..

     "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah pula mencari-cari kesalahan orang lain.." (al-Hujurat : 12)


    dan sangat dituntut dalam Islam.. ^_^

    Di bawah ini adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al-Jailani untuk sentiasa berprasangka baik..

    Jika kita bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik dari diri kita.. Katakanlah dalam hati kita:
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan tinggi dariku.."


    Jika kita bertemu dgn kanak-kanak,maka katakanlah dalam hati:
"Kanak-kanak ini belum berbuat maksiat kepada Allah, sedangkan diriku banyak berbuat maksiat kepadaNya. Tentu kanak-kanak ini jauh lebih baik dariku.."


   Jika bertemu orang yang lebih tua dari kita, maka bicaralah dalam hati:
"Dia telah beribadah lebih kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dari diriku.."


    Jika bertenu dengan seseorang yang lebih berilmu, maka ucapkanlah dalam hati:
"Orang ini peroleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui, dan dia mengamalkan ilmunya.. Tentu dia lebih baik dariku.."


    Jika bertemu dengan orang yang lebih jahil, maka katakanlah dalam hatimu:
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil(tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku tahu akibatnya. Dan aku tidak tahu akhir umurku dan akhir umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.."


    Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu:
"Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.. Dan mungkin boleh jadi diakhir usia, diriku kufur dan berbuat buruk.."


    Secara tak langsung, perkara di atas ini dapat muhasabah diri kita... Sesungguhnya kita berasal dari setitis mani yang hina.. jadi tak malukah jika kita asyik berbangga dgn diri sendiri? sedangkan apa yang kita miliki HANYA MILIK ALLAH S.W.T .. Bila-bila masa sahaja Allah berhak menarik balik nikmat yang Dia berikan kepada kita...




Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.... Ada sangkaan buruk
orang yang beribadah disangka riak
orang yang relax dianggap malas
orang pakai baju baru disangka menunjuk
orang pakai baju buruk dianggap zuhud(hina)
orang makan banyak disangka pelahap
orang makan sikit disangka diet
orang baik disangka jahat
orang jahat disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang bermasam muka disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang yang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka memakai susuk
orang nampak ceria disangka membela..
.............................................................................

mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah?
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah?
mana tahu yang masam itu kerana 
mengenangkan dosa?
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya?
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya?


   Jauhilah sikap  suka bersangka-sangka kerana boleh memusnahkan ukhwah yang terjalin sesama manusia.. Satu benda yang kita lihat, pelbagai kesimpulan yang boleh kita buat... kan lagi bagus kalau kita berfikir muenggunakan akal bukannya nafsu? marilah kita muhasabah diri... semoga Allah jauhi kita dari fikiran yang selalu bersangka buruk... aminn..

hamba Allah..
selangkah mendekati Allah...

No comments:

Post a Comment